Monday, September 14, 2015

BAB 3 : Pahlawan yang terlibat dalam mempertahankan Negara.

3.1 Semangat yang ditunjukkan.

Semangat peperangan yang ditunjukkan dalam pembinaan Tugu Negara ialah kepimpinan, perpaduan, kesediaan, kekuatan, keberanian, pengorbanan dan kepahitan. Semangat pengorbanan yang ditunjukkan ialah sanggup korbankan maruah demi mempertahankan Negara. Prajurit sanggup mengambil risiko dan mereka juga berani menentang serta mempertahankan Negara yang tercinta. 

Selain itu, semangat patriotik juga ada dalam diri prajurit. Sebagai contoh, mereka sayangkan Negara iaitu sanggup terkorban untuk Negara. Semangat seperti ini harus diterapkan dalam diri rakyat Malaysia. Perajurit sanggup bertumpah dara demi kecintaan negara dan adanya jiwa patriotik dalam diri mereka.

Sifat keberanian dalam peperangan juga harus diambil contoh kerana tidak semua orang mampu bertarung nyawa dan tenaga demi negara. Sebagai contoh kita ambil dari simbol 11 orang perajurit dari Tugu Negara yang terkorban. Sifat keberanian pada diri mereka membuatkan negara terpelihara daripada dijajah. Semangat keberanian mereka amat dikagumi dan menjadi inspirasi kepada pejuang mahupun rakyat.

Tambahan pula, semangat kesediaan juga telah ditunjukkan oleh perajurit tugu negara ini. Hal ini kerana mereka bersiap sedia dari segi mental dan fizikal apabila menentang penjajah. Penjajah asing tidak kira masa akan menentang tanah air, oleh itu semangat kesediaan ini harus ada pada diri pejuang.


3.2 Cara pahlawan menentang kuasa asing.

Cara prajurit menentang kuasa asing adalah dengan menggunakan senjata peperangan dan berlakunya pertumpahan darah. Tambahan pula, pejuang-pejuang menyabung nyawa sewaktu Penaklukan Jepun ketika Perang Dunia Kedua dan Darurat dari 1948 hingga 1960.

Perajurit bertindak mempertahankan negara dari kuasa asing yang hendak merampas pemerintahan negara. Perajurit mempunyai semangat perjuangan yang gigih serta sanggup berdepan dengan askar-askar kuasa asing yang lengkap bersenjata. Walaupun tidak banyak senjata peperangan pada zaman itu, perajurit juga menggunakan khidmat rakyat untuk menaikkan semangat peperangan demi mempertahankan negara. 

Seterusnya semangat kerjasama antara perajurit juga memainkan peranan penting. Pejuang-pejuang bekerjasama, berganding bahu untuk menentang kuasa asing. Perajurit juga bekerjasama memberontak penjajahan kuasa asing dalam negara. Perajurit atau pahlawan tanah air telah berjuang bersama-sama rakyat tempatan untuk menentang penjajah. 


3.3 Kebangkitan pahlawan mempertahankan Negara.

Kebangkitan pahlawan mempertahankan Negara adalah 

dengan adanya sifat patriotik dalam diri masing-masing. 

Pejuang-pejuang juga menanamkan sifat cinta dan 

mempertahankan maruah Negara. Walaupun ramai yang 

terkorban, pejuang-pejuang masih bersemangat untuk 

bangkit lawan penjajah demi mempertahankan Negara.

Selain itu, kebangkitan nasionalisme pada pahlawan dan 
semangat persatuan, kesatuan dan serta kesedaran untuk memperjuangkan kemerdekaan negara semasa dijajah. 

Kedaulatan penting bagi memastikan keamanan negara dapat dikekalkan. Pahlawan memikirkan nasib rakyat yang selalu dijajah. Oleh itu, bangkitnya pahlawan demi mempertahankan kuasa asing dapat membuatkan rakyat hidup tanpa diganggu, hak individu dihormati, bebas bergerak dan menikmati kehidupan yang aman dan selesa.