Tuesday, September 15, 2015

NAMA AHLI.

NORFARHANA BINTI RASIMON
- 14DAT15F1001

NURUNNAJWA BINTI SHAHARI
- 14DAT15F1043

HAJARATUL ASWADIAH BINTI ABDUL HAJIS
- 14DAT15F1005

NURUL SHAHIRA BINTI BUHAINI
- 14DAT15F1009

NURFATIN BINTI MOHAMAD
- 14DAT15F1011

PENDAHULUAN.

Tugu Negara dibina bagi mengenang jasa pahlawan yang berjuang untuk keamanan dan kemerdekaan negara terutamanya sewaktu ancaman komunis. Berdiri megah di dalam kawasan Tugu Negara ialah salah sebuah arca tembaga berdiri terbesar di dunia. Ia diukir dalam tahun 1966 oleh Felix de Weldon yang juga merupakan pengukir monument Iwo Jima di Washington. 

Terdapat tujuh ukiran tembaga manusia di atas batu asas berbentuk segi empat panjang. Setiap ukiran melambangkan satu dari tujuh kualiti: keberanian, kepimpinan, pengorbanan, kekuatan, kesengsaraan, perpaduan dan kewaspadaan.

Ukiran paling atas di bahagian tengah memegang bendera Malaysia. Ia diapit di kiri dan kanan oleh dua lagi askar yang kedua-duanya bersenjata. Ukiran di sebelah kiri bersenjata senapang mesin manakala sebelah lagi memegang rifel dan bayonet.

Di sebelah Tugu Negara terletaknya Taman ASEAN dan Memorial Tun Razak yang menyimpan koleksi kenangan Perdana Menteri Malaysia kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.

OBJEKTIF.

·    Menjelaskan sejarah pembinaan Tugu Negara.

·    Menjelaskan cerita disebalik pembinaan Tugu Negara.

·    Mengenal pastu pahlawan-pahlawan dan tragedi dalam mempertahankan Negara.

·    Mengenang jasa perajurit.

·    Memupuk semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat.


Monday, September 14, 2015

Isi Kandungan.

Isi Kandungan:

§ Bab 1 Sejarah Pembinaan Tugu Negara
1.1  Latar belakang Tugu Negara
1.2 Sejarah Tugu Negara

§ Bab 2 Sebab Wujudnya Tugu Negara
2.1 Cara Komunis meletupkan Tugu Negara
2.2 Tanda peringatan

§ Bab 3 Pahlawan yang terlibat dala mempertahankan Negara
3.1Semangat yang ditunjukkan
3.2 Cara pahlawan menentang kuasa asing
3.3 Kebangkitan pahlawan mempertahankan Negara.

§ Bab 4 Pengorbanan yang dilakukan oleh perajurit
4.1 Jumlah perajurit yang terkorban
4.2 Tindakan selepas Negara dijajah

§ Bab 5 Semangat patriotisme yang wujud di dalam diri.
5.1 Menghargai pengorbanan yang dilakukan oleh pahlawan.
5.2 Melahirkan sifat cinta akan Negara.
5.3 Tidak memberi peluang kepada kuasa asing untuk menjajah kembali
5.4 Memupuk semangat bersatu pada dalam kalangan masyarakat.
              5.5 Sentiasa memelihara keamanan Negara

BAB 1 : Sejarah pembinaan Tugu Negara.

1.1 Latar Belakang Tugu Negara

Tugu Peringatan Negara (atau juga dikenali sebagai Tugu Negara) telah disiapkan pada 8 Februari 1966 sebagai penghormatan kepada lebih 11 ribu perajurit yang gugur dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918), Perang Dunia Kedua (1935-1942) dan semasa Darurat (1948-1960). Ia terletak di ibu negara, Kuala Lumpur berhampiran dengan bangunan Parlimen.
Pada setiap tahun, 11 November satu perbarisan hormat akan diadakan di Tugu Negara. Tugu tersebut menggambarkan sekumpulan tentera mengibar bendera negara, Jalur Gemilang. Setiap patung gangsa tersebut melambangkan pimpinan, getir, persatuan, siap sedia, kekuatan, keberanian, dan pengorbanan.
Dibina pada tahun 1966, tugu tersebut berdiri setinggi 15 meter, diperbuat daripada gangsa dan direka oleh pengukir Austria, Felix de Weldon yang bertanggungjawab bagi Tugu Peringatan Perang USMC (USMC War Memorial) di Virginia, Amerika Syarikat. Tugu ini juga adalah arca berkumpulan yang tertinggi di dunia.



Sejarah Tugu Negara

Tugu Negara terawal merupakan tiang konkrit yang terletak di Jalan Tugu berhampiran bulatan di hadapan Stesyen Kereta api Kuala Lumpur, bersebelahan Masjid Negara. Ia didirikan oleh Pentadbir British bagi memperingati peperangan dan perwira yang terkorban. Kini hanya asasnya tanah seluas 10 meter persegi yang tinggal. Kompleks Tugu Negara yang ada kini di kawasan Taman Tasik Perdana dibuka pada 8 Februari 1966. Ia memasukkan Taman Peringatan sebagai lambang penghormatan negara kepada perwira yang mengorbankan jiwa mereka bagi menjaga keamanan negara Malaysia. Tiang asal dialih ke Kompleks Tugu Negara kini dan padanya tercatat tarikh tragedi kemanusiaan: Perang Dunia I (1914-1918), Perang Dunia II (1939-1945) dan Darurat (1948-1960).





BAB 2 : Sebab wujudnya Tugu Negara.

2.0 Sebab Wujudnya Tugu Negara

Wujudnya Tugu Negara di tengah-tengah Bandar Kuala Lumpur adalah untuk memberi penghormatan dan memperingati para pejuang dalam mempertahankan Negara semasa zaman perang dunia pertama(1914-1918) dan perang dunia kedua (1935-1942) dan darurat pada tahun (1948-1960).Kota Raya ini adalah lambang pembangunan tamadun bangsa yang sudah merdeka  lebih 50 tahun lamanya.Para perajurit sanggup bergadai nyawa demi mempertahankan tanah air tercinta daripada terus dijajah oleh kuasa asing dan mengusir penjajah daripada terus memunggah segala khazanah dan kekayaan di dalam negara kita.

2.1  Komunis Meletupkan Tugu Negara

Tugu yang dibina dengan kos 1.5 juta telah dibom oleh komunis kerana ingin melumpuhkan agenda mewujudkan keamanan dan cintakan negara di kalangan rakyat di dalam negara ini.Kejadian ini berlaku pada 26 Ogos 1975 kira-kira jam 5 pagi.

Ekoran daripada kejadian itu,kemusnahan satu patung besar yang beratnya dianggarkan satu tan serta dua kepala patung yang jatuh daripada kedudukan asal. Lantai marmar dikeliling kawasan tugu retak  sepanjang  dua kaki akibat daripada patung besar yang jatuh ke lantai.Letupan kuat itu menggegarkan kawasan perumahan di sekitar Taman Bunga.

Pihak berkuasa percaya letupan itu dilakukan Barisan Pembebasan Kebangsaan Malaya (MNLF).Unit Pemusnah Bom Polis menemui dua butir bom yang belum meletup di tempat kejadian serta kesan darah dipercayai milik pengganas yang cedera.Berdasarkan siasatan awal polis,komunis merancang untuk meletupkan tiga yang diletakkan di situ,tetapi satu daripada tiga bom tersebut meletup lebih awal.Komunis mensasarkan untuk membunuh semua peserta yang mengambil bahagian dalam perbarisan tetapi malangnya cubaan mereka gagal.

Polis melancarkan gerakan besar-besaran mengesan empat pengganas berkenaan dan tumpuan operasi ialah semua kebanyakan penempatan yang disyaki terutama di sekitar Bangsar.Kumpulan pengganas tersebut mungkin menyamar sebagai pekerja buruh binaan.

Namun pihak Komunis menafikan penglibatan mereka.Sebaliknya mereka menuduh itu perbuatan kerajaan sendiri sengaja merosakkan tugu tersebut.Hal ini kerana patung-patung tersebut menyerupai wajah orang Barat dan dengan cara itu kerajaan dapat mengubah patung itu semula.

Namun begitu,kerja-kerja membaik pulih Tugu Negara telah siap sepenuhnya pada 11 April 1977 oleh Christoper Carney, Pensyarah Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka Institut Teknologi Mara.



                                              2.2 Tanda Peringatan

Sebagai tanda peringatan,Hari Pahlawan telah diadakan pada 31 Julai setiap tahun di Tugu Negara.Hari Pahlawan adalah acara khusus untuk memperingati jasa-jasa pahlawan yang terkorban di medan peperangan.Acara meletakkan kalungan Bunga oleh Yang Di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri serta ketua pasukan keselamatan Angkatan Tentera Malaysia(ATM) dan ketiga-tiga cabangnya serta Polis Di Raja Malaysia(PDRM)  dan bertafakur selama seminit di Tugu Negara.Acara tradisi ketenteraan tiupan “Last Post” dan “Rouse” serta deklamasi sajak juga dilakukan dihadapan Tugu Negara.

BAB 3 : Pahlawan yang terlibat dalam mempertahankan Negara.

3.1 Semangat yang ditunjukkan.

Semangat peperangan yang ditunjukkan dalam pembinaan Tugu Negara ialah kepimpinan, perpaduan, kesediaan, kekuatan, keberanian, pengorbanan dan kepahitan. Semangat pengorbanan yang ditunjukkan ialah sanggup korbankan maruah demi mempertahankan Negara. Prajurit sanggup mengambil risiko dan mereka juga berani menentang serta mempertahankan Negara yang tercinta. 

Selain itu, semangat patriotik juga ada dalam diri prajurit. Sebagai contoh, mereka sayangkan Negara iaitu sanggup terkorban untuk Negara. Semangat seperti ini harus diterapkan dalam diri rakyat Malaysia. Perajurit sanggup bertumpah dara demi kecintaan negara dan adanya jiwa patriotik dalam diri mereka.

Sifat keberanian dalam peperangan juga harus diambil contoh kerana tidak semua orang mampu bertarung nyawa dan tenaga demi negara. Sebagai contoh kita ambil dari simbol 11 orang perajurit dari Tugu Negara yang terkorban. Sifat keberanian pada diri mereka membuatkan negara terpelihara daripada dijajah. Semangat keberanian mereka amat dikagumi dan menjadi inspirasi kepada pejuang mahupun rakyat.

Tambahan pula, semangat kesediaan juga telah ditunjukkan oleh perajurit tugu negara ini. Hal ini kerana mereka bersiap sedia dari segi mental dan fizikal apabila menentang penjajah. Penjajah asing tidak kira masa akan menentang tanah air, oleh itu semangat kesediaan ini harus ada pada diri pejuang.


3.2 Cara pahlawan menentang kuasa asing.

Cara prajurit menentang kuasa asing adalah dengan menggunakan senjata peperangan dan berlakunya pertumpahan darah. Tambahan pula, pejuang-pejuang menyabung nyawa sewaktu Penaklukan Jepun ketika Perang Dunia Kedua dan Darurat dari 1948 hingga 1960.

Perajurit bertindak mempertahankan negara dari kuasa asing yang hendak merampas pemerintahan negara. Perajurit mempunyai semangat perjuangan yang gigih serta sanggup berdepan dengan askar-askar kuasa asing yang lengkap bersenjata. Walaupun tidak banyak senjata peperangan pada zaman itu, perajurit juga menggunakan khidmat rakyat untuk menaikkan semangat peperangan demi mempertahankan negara. 

Seterusnya semangat kerjasama antara perajurit juga memainkan peranan penting. Pejuang-pejuang bekerjasama, berganding bahu untuk menentang kuasa asing. Perajurit juga bekerjasama memberontak penjajahan kuasa asing dalam negara. Perajurit atau pahlawan tanah air telah berjuang bersama-sama rakyat tempatan untuk menentang penjajah. 


3.3 Kebangkitan pahlawan mempertahankan Negara.

Kebangkitan pahlawan mempertahankan Negara adalah 

dengan adanya sifat patriotik dalam diri masing-masing. 

Pejuang-pejuang juga menanamkan sifat cinta dan 

mempertahankan maruah Negara. Walaupun ramai yang 

terkorban, pejuang-pejuang masih bersemangat untuk 

bangkit lawan penjajah demi mempertahankan Negara.

Selain itu, kebangkitan nasionalisme pada pahlawan dan 
semangat persatuan, kesatuan dan serta kesedaran untuk memperjuangkan kemerdekaan negara semasa dijajah. 

Kedaulatan penting bagi memastikan keamanan negara dapat dikekalkan. Pahlawan memikirkan nasib rakyat yang selalu dijajah. Oleh itu, bangkitnya pahlawan demi mempertahankan kuasa asing dapat membuatkan rakyat hidup tanpa diganggu, hak individu dihormati, bebas bergerak dan menikmati kehidupan yang aman dan selesa.  


BAB 4 : Pengorbanan yang dilakukan oleh perajurit.

4.1 Jumlah perajurit yang terkorban.

Prajurit yang gugur semasa dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918), Perang Dunia Kedua (1935-1942) dan semasa Darurat (1948-1960) ialah seramai 11 ribu orang prajurit.Tugu Negara atau juga dikenali sebagai Tugu Peringatan Negara dibina sebagai penghormatan kepada prajurit-prajurit tersebut.  Setiap patung-patung gangsa melambangkan pimpinan, getir, persatuan, siap sedia, kekuatan, keberanian, dan pengorbanan para prajurit tersebut.

4.2 Tindakan selepas negara dijajah.

Tindakan yang boleh dilakukan selepas Negara dijajah ialah kita sebagai generasi kini harus mempertahankan Negara dari dihina dan dicemuh Negara luar dan menjadikan Malaysia sebuah Negara yang disanjung tinggi dari segi pendidikan dan akhlak.Selain itu kita harus mempertahankan Negara agar tetap kukuh berdiri dan tidak ,diremehkan atau diganggu Negara luar kerana bakti para prajurit kita yang mempertahankan Negara dan juga kerelaan mereka menggadai nyawa demi keamanan Negara harus dititikberatkan.Kita harus mengekalkan keamanan Negara kita kerana ingatlah “Tanah Tumpahnya Darahku”.Di sinilah kita jatuh berdiri dan di sinilah kita harus memperjuangkannya.Malaysia Oh Tanah Airku.

Bab 5 Semangat patriotisme yang wujud dalam diri

5.1 Kita perlu menghargai pengorbanan yang dilakukan oleh       pahlawan sebagai contoh:
  • Mengadakan upacara peringatan tokoh


5.2 Kita perlu melahirkan sifat cinta akan Negara sebagai contoh:
  • Tidak menyebarkan isu-isu yang boleh menjatuhkan imej negara
  • Kita perlu menerapkan sifat cinta akan negara dari bangku sekolah lagi.

5.3 Rakyat Malaysia sewajarnya tidak memberi peluang         kepada kuasa asing untuk menjajah kembali sebagai       contohnya
  • Mengurangkan barangan import dari negara luar.
  • Tidak mendedahkan rahsia negara kepada negara asing.


5.4 Kita perlu memupuk semangat bersatu padu dalam                 kalangan masyarakat sebagai contoh
  • Mengadakan aktiviti gotong royong bersama.
  • Mengadakan hari belia.


5.5 Kita sebagai negara demokrasi perlu sentiasa                         memelihara keamanan negara sebagai contoh:
  • Bertolak ansur dalam menguruskan negara.

KESIMPULAN


  • Tugu negara dibina pada 8 Februari 1966 sebagai simbol penghormatan negara kepada perajurit yang telah mengorbankan nyawa mereka bagi mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara. Namun kini hanya tapak seluas 10 meter persegi yang tinggal kerana tiang asalnya telah dialih ke Kompleks Tugu Negara di kawasan Taman Tasik.
  • Menyingkap kembali sejarahnya, Kompleks Tugu Negara terawal yang ditegakkan oleh pihak Pentadbir British hanya berupa tiang konkrit yang terletak di Jalan Tugu bagi memperingati peperangan dan perajurit yang terkorban dalam Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua serta semasa Darurat.

RUJUKAN

Tarikh:2 September 2015
Masa  :9.05 malam

Tarikh:5 September 2015